EMAS BERGUNA DI WAKTU KETERDESAKAN

post-01

Selalu dengar kan emas ni sangat berguna apabila kita dalam keadaan terdesak? Bila keadaan terdesak itu akan berlaku? Betul ke emas berguna apbila kita terdesak?

Cerita pada tahun 2017, pada waktu itu saya masih belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor. Macam biasa, rutin saya apabila ingin pulang ke kampung halaman saya akan pergi ke TBS dan mengambil tiket bas dan pulang ke kampung dengan senang hatinya.hehe

Tapi.. sewaktu saya sedang duduk lepak tunggu nak masa dalam satu jam lagi bas nak berlepas, tiba-tiba datang lah seorang lelaki keturunan cina dekat dengan saya. Dia beritahu wallet dia dicuri semasa di tandas, dia perkenalkan nama dia newlson, betul ke tidak ejaan dia saya tak tahu lah, tapi bunyi macam tu lah. hehe

Hmm saya pun pada mulanya tak percaya dan malas nak layan. Tetapi selepas berkali-kali dia minta tolong dan saya tengok dia pun macam betul-betul  dalam kesusahan. Saya pun tanya dia dari mana nak ke mana? Dia cakap dari Singapura datang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Lepas tu, dia beritahu perlukan sedikit wang untuk buat tambang bas pulang semula ke Singapura disebabkan dokumen pengenalan diri semuanya dalam wallet yang dicuri.

Selepas beberapa minit berbual, saya rasa yang dia ni betul-betul cakap benar, saya pun buka wallet tengok duit pun tak banyak, ngam-ngam buat makan je. Dalam kepala duk fikir camna lah saya nak tolong dia ni.hmm saya dahlah student duit bukannya banyak pun.huhu

Masa tu nak pergi atm pun takut pulak, dalam kepala duk fikir kang dia pukau saya kang naya dia ambil duit saya dalam bank yang tak seberapa tu.haha

Hmm fikir punya fikir teringat lah ada selit 3 keping emas 1 gram keluaran Public Gold bersama metrik kad dan kad-kad bank, dalam kepala saya pada ketika itu duk fikir baik saya bagi je emas ni sekeping, dalam hati kata kalau dia nak tipu saya pun redha jelah, janji saya tak rasa bersalah tak tolong dia. Tak tahulah kenapa saya terfikir nak bagi emas dari bagi duit, mungkin sebab emas ada 3gram jadi kalua bagi 1 gram masih ada 2 gram dengan saya.haha

Saya pun apa lagi ambil 1 gram emas edisi Happy Birthday dalam wallet dan saya beritahu pada dia, saya takde duit nak tolong tapi emas ni ada, mungkin boleh bantu sedikit sebanyak. Dia terkejut saya bagi emas pada dia. Nak taknak dia ambil juga emas yang saya beri tu dan dia kata dia akan bayar semula pada saya bila dah balik ke singapura.

Lepas bagi emas, kitorang bertukar nombor telefon nombor telefon masing-masing untuk berhubung lepas tu manalah tahu dia akan ganti balik pada saya.haha

Keesokanya, saya mesej dia tanya macam mana semalam dapat pulang tak ke Singapura? Padahal saja mesej nak tahu dia balas atau tak. Kalau dia tak balas memang sah dia dah tipu saya. Tapi dia balas gaiss mesej saya. Syukur saya tak kena tipu.hehe

Saya tanya macam mana dapat wang dari emas 1gram yang saya bagi tu? Dia cakap dia pergi jual di Bank kawasan berdekatan TBS tu dan dapatlah wang sebanyak RM150 lebih masa tu.

Dalam hati kata takpela, tak kisah lah dia jual kat mana pun janji saya dapat tolong dia dan apa yang paling saya suka ialah dia balas mesej saya dengan baik pun saya rasa gembira dah sebab tak jadi mangsa penipuan.hahaha

Kemudian, seminggu kemudian dia datang ke Kuala Lumpur dengan isteri dan anak-anak dia. Dia hubungi saya dan ajak makan bersama anak-anak dan isteri dia. Dia belanja saya makan dan dia bagi duit RM300 pada saya dan cakap terima kasih sebab tolong dia.

Begitulah, sebab tu saya kata emas sangat berguna terutama apabila kita berada dalam keadaan terdesak. Jadi korang nak tengok tak gambar emas 1 gram yang saya bagi pada Newlson tu? Tapi yang kat bawah ni saya beli barulah, sebab yang saya bagi tu dia dah jual tak sempat ambil gambar…hehe

Kongsi Artikel Ini →
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.