EMAS SESUAI DIJADIKAN HADIAH

post-02-01

Tahukah anda emas juga sesuai dijadikan hadiah untuk sempena hari lahir, perkahwinan dan sebagainya. Tak rugi ke jadikan emas sebagai hadiah?hehe Macam biasa, saya lebih suka menceritakan pengalaman saya bersama dengan emas.hehe

Pada bulan Ogos tahun 2020 rakan kongsi saya di Firma Guaman saya kahwin. Dari beberapa bulan sebelum ogos lagi duk fikir nak bagi apa lah hadiah untuk rakan kongsi saya ni. Nak bagi kipas,atau peralatan rumah rasa macam kalau rosak nanti dia mesti campak je kat tong sampah.Hahaha

Hmm fikir punya fikir sampai lah bulan ogos, lama betul fikir pun.haha Kawan dah kahwin pun tapi tak buat keputusan lagi nak bagi hadiah apa. Lepas tu teringat kalau bagi emas 1gram pun okay jugak, mesti kekal hingga anak cucu, sambil-sambil tu boleh lah menggalakkan lagi rakan kongsi saya ni untuk terus menyimpan emas.hehe

Haa akhirnya dah tahu nak bagi hadiah apa, lama betul fikir sampai berbulan-bulan, akhirnya emas juga yang jadi mangsa.haha kebetulan ada emas yang saya simpan edisi Wedding 1gram keluaran Public Gold. Apa lagi bagi je la yang ni kan senang, tanpa fikir panjang bagi je terus.  Selesai satu masalah saya duk fikir sampai berbulan-bulan tu. Mudah kan? Korang mesti nak tengok kan emas 1gram edisi wedding yang saya bagi hadiah untuk rakan kongsi saya tu kan?.hehe

Kemudian pada bulan Mei 2021 adik saya pula kahwin, dalam kepala memang fikir nak jadikan emas je la sebagai hadiah kahwin dia. Lebih kekal lama kalau bagi emas ni. Hehe

Memandangkan adik saya kahwin di musim pandemic Corona Virus, jadi saya terfikir nak bagi emas 1gram edisi Corona Virus dan 1gram edisi Wedding lah baru jadi kenangan sungguh hingga ke anak cucu.hehe Jadi senang aje, letak dalam frame dan jadikan sebagai hadiah perkahwinan dia. Mudah kan?

Kongsi Artikel Ini →
Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Daftar akaun dewasa
(18 tahun ke atas).
Terbuka kepada sesiapa sahaja.

Daftar akaun Junior
(18 tahun ke bawah)
Nota: Disarankan Penjaga daftar dahulu.