berikut saya senaraikan beberapa soalan yang sering ditanya.
Sekiranya soalan yang ditanya ini tiada dalam senarai, jangan segan dan silu untuk hubungi saya ūüôā

Berdasarkan pengalaman saya menjadi penyimpan emas yang tegar sejak tempoh lebih kurang Tujuh (7) tahun lepas emas menjadi PENAWAR dalam mengawal hawa nafsu KEBOROSAN yang melampau dalam berbelanja pada perkara bukan keperluan.

 

Dengan menyimpan emas juga simpanan saya untuk masa hadapan lebih kekal lama berbanding saya menyimpan dalam bentuk wang tunai yang pada hakikatnya makin lama makin kurus simpanan saya. Hehe

 

Apa yang lagi menarik menyimpan emas fizikal ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dimana gram emas yang pertama saya miliki lebih kurang Tujuh (7) tahun lepas masih kekal di tangan saya sehingga kini walaupun sudah berapa kali keluar masuk Arrahnu.Hehe Kalau duit simpanan saya lebih kurang Tujuh (7) tahun lepas sudah hilang tanpa jejak. Hehe

 

Selain itu juga, emas adalah suatu logam mulia yang kalis inflasi bahkan saban tahun nilai emas makin meningkat setakat pengalaman saya dalam menyimpan emas sepanjang tempoh lebih kurang Tujuh (7) tahun ini.

Emas terdapat pelbagai mutu ketulenan, antaranya adalah emas yang mempunyai mutu ketulenan 999.9, 950, 916, 835, 750, 585 dan lain-lain. Emas yang mempunyai mutu ketulenan 999.9 kebanyakannya dicipta  dalam Dua (2)  bentuk iaitu Goldbar (segiempat) dan Dinar (Bulat).

 

Manakala emas yang mempunyai mutu ketulenan 916 dan ke bawah kebiasaannya dicipta dalam pelbagai bentuk emas perhiasan seperti  Cincin, Rantai Tangan, Rantai Leher dan sebagainya dengan pelbagai reka bentuk mengikut kesesuaian zaman.

 

Oleh yang demikian emas 999.9 (Goldbar dan Dinar) dan emas 916 ke bawah adalah emas cuma apa yang membezakannya adalah mutu ketulenan dan fungsi kegunaannya. Jika niat anda miliki emas untuk dijadikan sebagai perhiasan diri (bagi wanita) maka boleh dapatkan emas perhiasan iaitu emas yang mempunyai mutu ketulenan 916 dan ke bawah. Manakala jika niat anda miliki emas untuk simpanan dan pelaburan jangka panjang maka emas yang bermutu ketulenan 999.9 (Goldbar dan Dinar) adalah lagi sesuai berbanding emas 916 iaitu emas perhiasan. Kenapa gaiss? Sebabnya emas 916 dan ke bawah mempunyai Kadar Spread lebih tinggi berbanding emas 999.9 iaitu Kadar Spread untuk emas 916 adalah sekitar 20% – 35%. Manakala kadar spread untuk emas 999.9 adalah sekitar 6% – 10%.

  • Kadar Spread ialah Perbezaan harga jual dan harga belian balik emas.

 

  • Kadar Spread wujud apabila kita ingin jual balik emas tersebut kepada kedai/syarikat yang menjual emas.

 

  • Manakala jika kita ingin menjual emas tersebut kepada pelanggan biasa seperti kenalan kita maka Kadar Spread tidak lagi wujud dan kita boleh menjual mengikut harga semasa emas.

 

  • Dalam pemilihan Kadar Spread sifirnya adalah semakin nipis dan/atau kecil Kadar Spread maka ianya adalah lebih baik.

 

  • Jadi kadar spread untuk emas 999.9 (6%-10%) adalah lebih baik daripada kadar spread emas 916 dan ke bawah (20% – 35%).

 

  • Pemilihan kadar spread adalah sangat penting untuk memastikan kita mencapai matlamat menyimpan emas samaada untuk dijadikan sebagai perhiasan diri atau dijadikan sebagai simpan dan pelaburan jangka panjang.

Emas yang mempunyai mutu ketulenan 999.9 (Dinar dan Goldbar) banyak kedai/syarikat yang menjual dan tidak susah untuk kita mendapatkannya. Walaubagaimanapun, sebelum kita membeli emas 999.9 khususnya dari sesebuah kedai/syarikat terdapat beberapa perkara yang perlu diambilkira agar kita tidak tergolong dalam kategori orang yang membuat simpanan tetapi ianya boleh mengalami kerugian.

 

Antara faktor-faktor yang saya mengambilkira sebelum saya membeli emas di sesebuah kedai/syarikat adalah seperti berikut :-

 

  • Transaksi jual beli Patuh Syariah.

 

  • Harga yang berpatutan.

 

  • Latar Belakang Kedai/Syarikat.

 

  • Kepelbagaian saiz dan berat produk yang dikeluarkan.

 

  • Urusan jual beli tidak menyulitkan.

 

  • Urusan jual beli 24 jam.

 

  • Cawangan yang banyak.

 

  • Produk yang dikeluarkan mesra Arrahnu (Kebanyakan Arrahnu terima).

 

  • Jaminan belian balik.

 

  • Kadar Spread rendah bagi belian balik oleh kedai/syarikat (6%-9%).

 

  • Produk-produk yang disediakan fleksibel dengan diri kita.

 

Oleh yang demikian dengan mengambil kira faktor-faktor tersebut diatas saya memilih emas 999.9 (Goldbar dan Dinar) keluaran Public Gold Sdn Bhd adalah platform yang sesuai untuk saya dan anada semua membeli dan memiliki emas 999.9 untuk dijadikan sebagai simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Public Gold menyediakan Tiga (3) cara pembelian emas.

  • Pembelian melalui Cash and Carry.
  • Pembelian melalui Gold Accumulation Program (GAP).
  • Pembelian melalui Syariah Easy Payment Purchase (SEPP).

Pembelian melalui cash and carry iaitu kita boleh mengunjungi mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan dan membuat belian emas 999.9(Goldbar dan Dinar) mengikut berat yang menjadi citarasa dan sesuai dengan bajet.

Harga untuk pembelian melalui cash and carry di Public Gold pada masa kini (Februari 2021) adalah RM350 pergram. Setelah kita membuat bayaran gram emas yang dibeli maka kita boleh mengambil emas tersebut dan membawa pulang dan simpan sendiri sambil tersenyum sudah dapat memiliki aset untuk masa hadapan.

Pengalaman saya dalam pembelian emas 999.9 (Goldbar dan Dinar) melalui Gold Accumulation Program (GAP) sejak Tujuh tahun lepas lagi (semasa belajar Ijazah di Unisza, Terengganu) sehingga kini.

 

Akaun GAP di Public Gold ini menyerupai Akaun Bank Cuma yang membezakannya secara umum adalah di dalam Akaun Bank kita menabung dalam bentuk wang fiat sedikiit demi sedikit lama-lama makin sedikit (ini kalau saya la sebab saya ada satu penyakit yang tidak dapat dikawal kalau simpan duit ni, lebih-lebih lagi apabila tengok angka yang banyak dalam Akaun Bank).Hehe. Dalam Akaun Bank bila kita keluarkan maka dapatlah wang tunai dan senang untuk buat berbelanja. Nak tahu penyakit apa? Terus ikuti pengalaman saya gaiss.

 

Manakala Akaun GAP di Public Gold pula kita menabung gram emas sedikit demi sedikit  lama-lama makin banyak. Dalam Akaun GAP bila kita ingin keluarkan hasil tabungan kita maka keluarlah emas fizikal dan senang dicairkan apabila diperlukan. Nak tahu penyakit apa? Terus ikuti pengalaman saya gaiss.

 

Saya mula mendaftar Akaun GAP secara  PERCUMA di bawah bimbingan mentor saya iaitu Encik Rizal Razali yang merupakan pensyarah di Unisza.

 

Seterusnya, saya mula menabung gram emas di dalam Akaun GAP di Public Gold bermula dengan 1gram. Selepas itu, dalam masa 48 jam gram emas yang saya beli tersebut dikemaskini dalam Akaun GAP saya dimana saya boleh mengakses akaun GAP tersebut menggunakan ID (PG CODE) dan Kata Laluan yang diberi.

 

Apabila melihat gram emas yang saya beli tersebut wujud di dalam Akaun GAP saya, perasaan gembira dan semangat ‚Äúlembu‚Ä̬† ingin menambah gram emas semakin membuak-buak. Maka saya menambah lagi gram emas dengan membuat pembelian kedua saya melalui Akaun GAP di Public Gold sebanyak 10gram. Setelah memahami konsep menabung gram emas di dalam Akaun GAP, datang pula perasaan nak pegang emas fizikal yang seketul. Maka saya pergilah ke Public Gold Cawangan Kuala Terengganu untuk mengeluarkan Goldbar 10gram LBMA daripada Akaun GAP saya. Mula-mula saya sangka urusan mengeluarkan emas fizikal dari Akaun GAP mungkin ianya¬† rumit sebab yelah nak keluarkan emas kot bukan barang biashe-biashe tapi sangkaan saya ternyata SALAH. Haha

 

Apabila saya tiba di Public Gold cawangan Terengganu, urusan untuk saya mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP tersangatlah mudah, saya hanya perlu bagi kad pengenalan untuk rujukan pihak Public Gold bagi mengeluarkan emas fizikal yang saya mahu. Maka tak lama selepas itu terkeluarlah Goldbar 10gram setongkol fuhh bila pegang sendiri rasa dia lain macam gaiss. Rasa makin bersemangat untuk tambah gram emas ni. Selepas itu saya pun pulang la ke Kolej Kediaman Unisza dengan gembira bersama Goldbar 10gram dan menyimpan di tempat yang selamat.

 

Selepas saya lalui pengalaman dapat pegang emas fizikal, saya semakin ketagih untuk menambah gram emas di dalam Akaun GAP, asal ada je duit samaada duit biasiswa pengajian ataupun duit hasil daripada saya berniaga bersama kawan-kawan di event di dalam Unisza, saya terus selamatkan hampir 70% daripada duit yang saya perolehi tersebut sebelum hilang tanpa jejak ke dalam bentuk simpanan emas iaitu dengan menambah gram emas di dalam Akaun GAP di Public Gold.

 

Apabila tiba masa untuk membayar yuran pengajian atau ingin guna tunai untuk hal-hal lain maka tangan saya gatal secara tiba-tiba untuk mengeluarkan emas fizikal dari Akaun GAP dan menghantar emas fizikal tersebut ke pusat kebajikan emas sementara. Hehe. Nak tahu apa dia? Apa lagi kalau bukan Arrahnu, Emas dan Arrahnu berpisah tiada. Setelah masuk Arrahnu maka saya pun dapatlah wang tunai(pinjaman) hasil gadaian emas fizikal tersebut dan boleh la menyelesaikan bayaran yuran pengajian dengan tenang. Senangkan kerja saya. Hehe.

 

Selepas daripada itu, saya terus ketagih menambah gram emas lagi dan lagi di dalam akaun GAP tanpa menghiraukan harga emas naik ke turun ke saya terus tambah sedikit demi sedikit mengikut bajet yang ada al-maklumlah masih lagi belajar kan mana nak cekau duit banyak-banyak. Begitulah rutin saya dalam menabung gram emas di dalam akaun GAP sehingga saya menyambung pelajaran ke Uiam Gombak pada tahun 2016.

 

Maka saya ulang perkara yang sama semasa belajar di Unisza iaitu dengan menambah gram emas di dalam Akaun GAP dengan penuh rasa ketagih sehingga kini mengikut bajet yang ada, kalau ketika musim kemarau, bajet kurang, saya menabung gram emas dengan nilaian serendah RM100 di dalam akaun GAP. Manakala jika bajet ada lebih saya menabung gram emas dengan gandaan 1gram dan keatas di dalam akaun GAP. Apabila tiba masa untuk guna tunai, maka saya akan pergi ke cawangan Public Gold untuk mengeluarkan emas fizikal (kalau rasa nak yang berbentuk bulat saya keluarkan item Dinar, kalau rasa nak yang berbetuk petak saya keluarkan item Goldbar). Setelah buat keluar emas fizikal daripada Akaun GAP apa lagi haa kalau tidak simpan bawah bantal, masuk  Arrahnu la cerita dia apabila nak guna tunai. Hehe

 

Ada ketika saya rasa malas nak keluarkan emas fizikal, saya jual  je terus sebahagian daripada gram emas di dalam Akaun GAP saya kepada Public Gold untuk mendapatkan wang tunai setakat mana yang diperlukan sahaja tapi jarang la saya buat kerja macam ni hehe. Sayang oii nak jual emas. Saya lebih suka masuk Arrahnu sebab nanti ada rezeki lain pula boleh tebus kembali emas tersebut. Mudah kan??

 

Menabung gram emas di dalam Akaun GAP sangat SERONOK dan menjadi PENAWAR bagi saya seorang yang jenis pantang tengok angka wang saya dalam bank otak terus laju membuat rancangan dan ada aje rancangan nak ke situ sini, berbelanja itu ini. Hmmm itulah kelemahan saya dengan simpanan wang fiat.

Jujur saya cakap masa mula-mula saya membeli¬† emas melalui akaun GAP iaitu 1gram pada 7 tahun lepas perasaan risau tu ada gais, risau hilang la, risau kena tipu la. Tapi bila saya lalui pengalaman sendiri dengan mengakses masuk ke sistem¬† akaun GAP saya untuk ‚Äúmemantau‚ÄĚ gram emas yang dibeli masih ada atau sudah arwah(ditipu).

 

Alhamdulillah hari-hari saya akses masuk ke sistem akaun GAP saya  dan dapat melihat gram emas yang dibeli elok je tersimpan di dalam akaun GAP saya walau lama mana tempoh sekalipun ianya tetap ada di dalam baki akaun GAP saya selagi mana saya tidak keluarkan emas fizikal maka selagi itulah gram emas yang saya beli elok tersimpan di dalam akaun GAP tersebut.

 

Haa selepas daripada itu, segala mak nenek keraguan, kerisauan, kebimbangan saya takut ditipu sudah tiada bahkan keyakinan saya dengan akaun GAP makin bertambah sehingga kini gram emas yang saya menabung di dalam akaun GAP untuk tempoh 4,5 tahun lepas pun masih ada sehingga kini (yang saya tidak keluarkan ke dalam bentuk emas fizikal).  Jadi anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Kalau tidak menabung gram emas di dalam akaun GAP ya saya rasa sakit kepala sebab duit simpanan saya akan hilang tanpa jejak dan khabar berita jika tidak dialihkan awal-awal ke dalam bentuk emas.huhuhu.